Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

5 Tips Mengurus Bilik Darjah Untuk Guru Baru

Saya telah membuat beberapa kesilapan pada tahun pertama saya mengajar - masih rasa malu kalau ingat balik. Tapi, saya belajar dari pengalaman, itu yang paling penting.  Bab nak menguruskan bilik darjah, kebanyakan cikgu-cikgu baru perlu experiment  dulu.  Anda tak akan rugi jika bertanya dengan cikgu-cikgu berpengalaman bab mengurus bilik darjah ini. Cikgu-cikgu yang kalau diadukan sesuatu isu dia boleh cakap ‘ been there, done that ’.  Tapi, jika anda masih bergelut dengan masalah disiplin murid-murid anda, cuba 5 tips ini.  Bercakap bila pelajar sudah senyap dan bersedia Saya cuba untuk melawan rasa nak bercakap tanpa henti sepanjang kelas. Mungkin sebab naluri seorang guru kalau dah mula bercakap dalam kelas, tak mahu berhenti. Kita sepatutnya tunggu — tunggu — dan tunggu sampai semua murid diam.  Slowly but surely , pelajar-pelajar akan berbisik atau cue sesama mereka “diam, cikgu nak cakap something”, “semua diam, tak dengar cikgu nak cakap apa”. Diam. Kesabaran anda akan