Apakah Pembelajaran Abad ke 21? Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu k omunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21. 1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun) Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama. Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian. 2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik) Flipped Classroom a...