Skip to main content

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

Apakah Pembelajaran Abad ke 21?

Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. 

Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21. 

1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun)

Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama. 



Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian. 


2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik)


Flipped Classroom adalah sejenis pendekatan pendidikan 'Blended Learning' dimana murid diperkenalkan kandungan pelajaran di rumah dan disusuli oleh perbincangan topik tersebut di sekolah. 

Ini adalah bertentangan dengan konsep pembelajaran tradisional yang mana murid diperkenalkan kandungan pelajaran dan disambung dirumah melalui kerja rumah dan sebagainya. 

Contoh amalan Flipped Classroom adalah murid disuruh melibatkan diri dalam satu perbincangan online. Pada keesokan hari di sekolah murid disuruh untuk membentangkan tajuk tersebut untuk dibincangkan bersama rakan-rakan di dalam kelas. 




3. Gallery Walk (Jalan Galeri)

Gallery Walk adalah teknik perbincangan yang membuatkan murid bangun dari kerusi mereka dan bergerak aktif di dalam kelas. Teknik ini sangat disukai kerana fleksibiliti dan pelbagai faedah kepada guru dan murid. 

Murid berkolaborasi untuk berkongsi idea dan berkomunikasi melalui dokumen, gambar, dan lain-lain. Murid juga bergerak dalam kumpulan ke beberapa 'station' di dalam kelas bagi menjawab soalan dan berinteraksi. 
Embed from Getty Images

4. Hot Seat (Kerusi Panas)

Hot Seat adalah strategi pembelajaran yang mana suatu karakter  dilakonkan oleh guru atau pun murid. Guru atau murid yang berlakon akan ditemuramah atau ditanyakan soalan dari murid-murid yang lain. Aktiviti ini mengajak murid untuk berfikir tentang sesuatu topik dan mengkaitkan pengalaman mereka ke atas sesuatu topik atau idea.
Embed from Getty Images

5. Role Play (Main Peranan)

Tujuan aktiviti Role Play adalah untuk membenarkan murid-murid menjadi sesiapa sahaja yang mereka minati pada masa yang singkat. Role Play adalah satu aktiviti yang memerlukan murid-murid untuk bercakap sebagai watak orang lain ataupun menceritakan watak tentang diri sendiri. 
Embed from Getty Images

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada rua...

How To Be A Professional Teacher?

    I disagree with the idea of teachers rejecting to do a certain job in school. Teachers always have the mindsets that they are to be in school, enter the classroom, and teach the students only.      As the demand from Ministry of Education and     the other stakeholders rise, teachers are becoming more or less like a servant. Stakeholders create an image as how the students should be when they have finished a certain educational institution like school and college. They believe school is like the factory in which students are programmed to have a certain sets of skills that suit the demand of the job market.      Burdened heavily with the other extra works apart from teaching students, teachers are becoming very choosy. ‘Impossible to do everything at work’ attitude has lead teachers to develop a certain kind of mindset. They think they can choose which extra works they want to do. So, some choosy teachers are not prac...