Skip to main content

Terima Kasih Dr. Maszlee bin Malik

Kenapa Dr. Maszlee Letak Jawatan?


Persoalan yang timbul di dalam fikiran kebanyakan guru di Malaysia. Kenapa beliau resign. 

Adakah beliau tidak cukup bagus untuk jawatan itu. 

Jika benar mengapa guru-guru kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan itu. 

Sehingga munculnya petition untuk mendesak Dr Mahathir melantik semula beliau. 

Perkara ini banyak menimbulkan persoalan bukan sahaja kepada guru-guru malahan kepada rakyat Malaysia secara umum. 

Terdapat pelbagai pencapaian luar biasa  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam tempoh 20 bulan beliau menerajuinya tetapi kementerian itu mendapat pandangan yang negatif dari segolongan rakyat. 

Sebagai contoh isu jawi yang dianggap ancaman halus kepada pendidikan negara. Namun begitu, adakah isu-isu sensitif seperti ini tidak pernah timbul sebelum ini di negara kita sehinggakan menteri sendiri perlu meletak jawatan. 



Isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma punca krisis kepimpinan utama

Beliau berkata "KPM sering menjadi perhatian media, kumpulan tertentu dan dalam kalangan ahli politik, bukan daripada pencapaian, keberhasilan dan perkara disumbangkan kepada masyarakat yang memberi makna signifikan kepada rakyat. Beliau juga kesal rakyat tidak memberikan penghargaan kepada pencapaian namun lebih cenderung menyentuh isu sensitif"

"Perubahan dilakukan dalam tempoh 20 bulan saya menerajui KPM begitu signifikan dan begitu indah untuk kita kongsi kepada rakyat, malangnya ianya tidak mendapat perhatian dan tajuk utama berita. Akhirnya seperti mana disebutkan, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma,". Pada pendapat saya, kata-kata beliau menunjukkan bahawa beliau kecewa dengan perkara itu dan ianya menyebabkan jawatan beliau tergadai. 

Apa reaksi Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

Beliau tidak menunjukkan reaksi yang jelas seperti terkejut ataupun sedih cuma ada mengatakan melalui Facebook ucapan terima kasih kepada Dr. Maszlee. 

Beliau menyatakan pengalaman bekerja bersama Dr. Maszlee telah memberikan beliau pelbagai tunjuk ajar dan "Mengemudi satu Kementerian yang besar, bukanlah tugas mudah. Pelbagai perubahan positif telah beliau bawa demi menambah baik sistem pendidikan negara di peringkat pendidikan asas mahupun pendidikan tinggi".



Secara peribadi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Maszlee di atas jasa bakti ketika menerajui KPM. Semoga Dr. sentiasa dirahmati Allah. Saya juga berharap agar kerajaan Malaysia dapat melantik Menteri Pendidikan baru yang lebih arif dan bijaksana dari Dr. Maszlee. 


Sumber: 



Comments

Popular posts from this blog

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

Apakah Pembelajaran Abad ke 21? Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu k omunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.  Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21.  1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun) Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama.  Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian.  2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik) Flipped Classroom a...

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada rua...

Tips Melaksanakan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun (Bahagian 1)

Embed from Getty Images Pada tarikh 3 - 7 Febuari 2020, sekolah saya telah ditugaskan untuk menjadi tuan rumah pertandingan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun. Saya akan kongsi kepada cikgu-cikgu yang membaca post ini bagaimana saya dan rakan-rakan setugas melaksanakan kejohanan ini dari peringkat pra-kejohanan, kejohanan, dan pasca-kejohanan.  Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kongsikan agar kita boleh sama-sama perbaiki.  Dalam bahagian 1, saya kongsikan beberapa perkara penting yang saya rasa mesti dilaksanakan. Bahagian ini menceritakan proses persiapan pra-kejohanan ini.  1. Berbincang bersama pentadbir. Kami hanya diberikan masa 3 minggu selepas rakan setugas saya menghadiri mesyuarat teknikal di SK Alam Megah untuk mempersiapkan padang bola. Tanpa membuang masa kami terus berjumpa dengan pihak pentadbir iaitu PK Kokurikulum dan Guru Besar.  Perkara yang kami bincangkan: Bajet - Peruntukan amatlah terhad. Tapi ada s...