Skip to main content

5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak-Anak Anda Di Rumah

cara didik anak di rumah


Pendidikan adalah sebaiknya bermula dari rumah. Dengan serangan Coronavirus yang menjadi pandemik di seluruh dunia, ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memastikan anak-anak mereka belajar dari rumah. Saya melihat ini sebagai satu peluang kepada ibu bapa untuk mempelajari serba sedikit cara untuk mendidik anak-anak dari rumah. Yang paling penting ibu bapa dapat mengambil pengalaman ini dan pada masa yang sama dapat menghargai jasa guru-guru di Malaysia yang mendidik anak-anak mereka. Jadi dalam post kali ini saya akan kongsikan 5 cara untuk mula mendidik anak-anak anda di rumah. 

1. Mewujudkan persekitaran yang betul

cara didik anak di rumah



Ini adalah faktor yang sangat penting dan selalu terlepas pandang oleh ibu bapa. Mendidik anak-anak di rumah sama seperti di sekolah. Anak-anak memerlukan persekitaran yang betul. Ibu bapa perlu menyediakan ruang khas untuk anak-anak belajar. Ruang yang kondusif ini mestilah bebas dari sebarang gangguan dan boleh memberi inspirasi kepada pelajar. Labur sedikit duit anda dengan membeli kerusi dan meja study. Tampal ayat-ayat motivasi pada dinding di bilik study supaya mereka dapat merasai suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. 

2. Sediakan jadual pembelajaran


cara didik anak di rumah

Jadual pembelajaran sangat penting bagi menyediakan struktur yang jelas kepada anak-anak. Usaha ini boleh mencetus idea kepada anak-anak yang pendidikan di rumah adalah sama serius dengan pendidikan formal di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga boleh memantau dan melihat apa topik atau subjek yang sudah di cover dan yang belum lagi. Ibu bapa boleh fokus kepada subjek teras tetapi jangan memandang rendah kepada subjek minor. Cuba tetapkan jadual yang effektif dari segi berapa jam satu subjek digunakan dan berapa banyak subjek akan di pelajari pada hari itu. Ingat kualiti lebih penting dari kuantiti. 


3. Jangan marah kesalahan atau kesilapan anak-anak

cara didik anak di rumah

Seorang guru di Malaysia yang terlatih sudah pasti akan mempunyai nilai dalam dirinya tentang belajar dari  kesilapan. Guru-guru di Malaysia tidak menganggap kesalahan jawapan atau kesilapan sebagai satu kegagalan tetapi sebagai sebahagian daripada "lurning curve". Sentiasa ada peluang kedua ataupun soalan baru yang boleh dijawab dengan betul. Cuma jangan diulang kesilapan yang sama. Banyakkan bersabar ketika anak-anak membuat kesalahan jawapan dan cuba berikan semangat kepada mereka untuk buat lebih baik lagi.

4. Tanya Guru Kalau Tidak Pasti

cara didik anak di rumah


Sebagai ibu bapa, amatlah penting untuk mempunyai hubungan dengan guru-guru yang mengajar anak-anak kita. Terutamanya guru subjek teras dan guru kelas. Selain dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak , dapat juga dikenali perangai mereka disekolah. Jikalau terdapat sebarang ketidak pastian tentang soalan, cuba hubungi guru melalui Whatsapp ataupun sebagainya. Dekati guru dengan cara yang beradab dan hormati guru kalau mereka lambat reply mesej mungkin kerana kesibukan. 

5. Banyakkan bersabar

cara didik anak di rumah

Pembelajaran adalah proses yang tidak pantas dan memakan masa. Ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak-anak dirumah. Kerenah mereka perlu dilayan penuh hikmah. Jangan mudah menyindir anak-anak dan cuba berikan kata-kata positif. Ingat, selain pelajaran mereka diberikan perhatian, anak-anak juga akan mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Selalunya anak-anak yang mendapat kasih sayang yang cukup akan cemerlang dalam pelajaran. Jadi banyakkan bersabar dan teruskan membantu anak-anak supaya mereka cemerlang dalam pelajaran. 

Terdapat pelbagai lagi cara untuk mendidik anak-anak di rumah tetapi cukuplah saya kongsikan amalan-amalan itu dahulu. Fokus kepada kualiti bukan kuantiti.  Saya suka untuk berpesan kepada ibu dan ayah diluar sana bahawa pendidikan bermula dari rumah. Bantu kurangkan bebanan pendidikan anak-anak yang semakin mencabar dengan memainkan peranan kita sebagai ibu bapa. Yang penting kita cuba sebaik mungkin dan serahkan selainnya kepada Allah s.w.t. Semoga perkongsian saya tentang 5 cara untuk mula mendidik anak-anak anda di rumah akan mendatangkan manfaat kepada kita semua. Amin. 






Comments

Popular posts from this blog

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

Apakah Pembelajaran Abad ke 21? Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu k omunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.  Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21.  1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun) Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama.  Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian.  2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik) Flipped Classroom adalah sejenis pendekatan

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada ruangan yang anda perlu isi