Skip to main content

Tips Melaksanakan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun (Bahagian 1)

Embed from Getty Images



Pada tarikh 3 - 7 Febuari 2020, sekolah saya telah ditugaskan untuk menjadi tuan rumah pertandingan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun. Saya akan kongsi kepada cikgu-cikgu yang membaca post ini bagaimana saya dan rakan-rakan setugas melaksanakan kejohanan ini dari peringkat pra-kejohanan, kejohanan, dan pasca-kejohanan.  Terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kongsikan agar kita boleh sama-sama perbaiki. 

Dalam bahagian 1, saya kongsikan beberapa perkara penting yang saya rasa mesti dilaksanakan. Bahagian ini menceritakan proses persiapan pra-kejohanan ini. 

1. Berbincang bersama pentadbir.

Kami hanya diberikan masa 3 minggu selepas rakan setugas saya menghadiri mesyuarat teknikal di SK Alam Megah untuk mempersiapkan padang bola. Tanpa membuang masa kami terus berjumpa dengan pihak pentadbir iaitu PK Kokurikulum dan Guru Besar. 

Perkara yang kami bincangkan:
  1. Bajet - Peruntukan amatlah terhad. Tapi ada satu cara rahsia (akan diterangkan nanti) yang saya gunakan untuk mendapatkan juga barang yang diperlukan. 
  2. Bilangan guru yang terlibat - Amat penting untuk kenalpasti apakah tugas yang perlu ada agar guru-guru dapat disenaraikan. Kejohanan ini tidak perlu ramai cikgu jadi hanya beberapa orang AJK Pelaksana diperlukan. 
  3. Perancangan - Terangkan perancang yang cikgu ada dalam minda. Setelah diterangkan pastikan perancangan yang rapi dituliskan di dalam kertas kerja untuk diluluskan oleh guru besar. 

2. Nilai keadaan padang sekolah. 

Cuba luangkan masa untuk terokai keadaan padang sekolah cikgu. Kenalpasti kawasan yang boleh mendatangkan bahaya kepada pemain seperti kawasan berpasir dan berbatu, rumput nipis, lopak air, dan pelbagai lagi. Kalau kawasan berbahaya tersebut ada cikgu cuba atasi masalah tersebut. Dapatkan bantuan rakan-rakan cikgu yang lain untuk 'cantikkan' keadaan padang tersebut. 

3. Apakah barang-barang yang diperlukan?

Seperti yang tertera dalam soalan tersebut, cuba kenalpasti barang yang diperlukan. Saya senaraikan barang yang kami gunakan untuk persiapan padang dan barang yang perlu digunakan ketika kejohanan. 

  1. Portable field line marker - Untuk gelek line padang.
  2. Minyak hitam lori atau bas - Untuk buat line.
  3. Tali rafia - untuk tanda garisan padang ketika mengukur.
  4. Pita pengukur - untuk ukur padang bola. 
Untuk barang yang digunakan ketika kejohanan saya akan senaraikan dalam post bahagian 2

4. Siapkan kertas kerja.

Kerja ini agak leceh sebab proses nak siapkan agak panjang. Berulang kali print draft dan hantar ke PK Koku untuk diluluskan. Tapi proses ini sangatlah penting untuk 'lindungi' cikgu. 

Antara perkara penting yang saya masukkan dalam kertas kerja adalah: 
  1. Anggaran kos - rahsia untuk pastikan cikgu dapat barang-barang yang diperlukan adalah ketika berbincang dengan PK Koku cuba senaraikan segala barang yang diperlukan. Selalunya PK Koku akan cuba dapatkan peralatan tersebut dan pasti dapat sebab dia guna sumber Kewangan Kokurikulum. Banyak barang baru yang saya dapat seperti bola size 4, corner flags, linesman's flag, jaring gol, pam bola elektrik, dan bib latihan. Semua baru dan bau kedai. Kami juga dibenarkan untuk cat dan welding tiang gol menggunakan peruntukan PIBG. Jadi, tulis semua barang yang cikgu perlukan dan saya yakin PK Koku sekolah cikgu akan dapatkannya. 
  2. Memo - pastikan cikgu tulis memo pemilihan pemain dan jadual latihan untuk makluman kepada ibubapa, murid, dan guru yang lain. 
  3. AJK Pelaksana - kami hanya memerlukan beberapa orang guru sahaja.
Banyak lagi perkara yang perlu ada dalam kertas kerja. Cikgu boleh download contoh kertas kerja Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun

Embed from Getty Images Kesimpulan

  • Pastikan cikgu berbincang dengan pentadbiran sekolah, lihat kondisi padang bola di sekolah cikgu.
  • Siapkan kertas kerja supaya cikgu boleh dapatkan barang-barang keperluan untuk pertandingan.
  • Berkomunikasi secara jelas dengan pihak pentadbiran dan rakan-rakan setugas yang lain terutamanya jika cikgu perlu libatkan mereka dalam AJK Pelaksana. 
  • Ikhlaskan hati niat bekerja untuk beribadah kepada Allah, insya Allah Dia akan permudahkan urusan kita. 

Sekian, Semoga post ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Saya akan sambung tentang pelaksanaan pada hari kejohanan dalam bahagian 2. Tolong share post ini kepada rakan-rakan anda diluar sana. 




Comments

Popular posts from this blog

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

Apakah Pembelajaran Abad ke 21? Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu k omunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.  Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21.  1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun) Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama.  Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian.  2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik) Flipped Classroom adalah sejenis pendekatan

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada ruangan yang anda perlu isi

5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak-Anak Anda Di Rumah

Pendidikan adalah sebaiknya bermula dari rumah. Dengan serangan Coronavirus yang menjadi pandemik di seluruh dunia, ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memastikan anak-anak mereka belajar dari rumah. Saya melihat ini sebagai satu peluang kepada ibu bapa untuk mempelajari serba sedikit cara untuk mendidik anak-anak dari rumah. Yang paling penting ibu bapa dapat mengambil pengalaman ini dan pada masa yang sama dapat menghargai jasa guru-guru di Malaysia yang mendidik anak-anak mereka. Jadi dalam post kali ini saya akan kongsikan 5 cara untuk mula mendidik anak-anak anda di rumah.  1. Mewujudkan persekitaran yang betul Ini adalah faktor yang sangat penting dan selalu terlepas pandang oleh ibu bapa. Mendidik anak-anak di rumah sama seperti di sekolah. Anak-anak memerlukan persekitaran yang betul. Ibu bapa perlu menyediakan ruang khas untuk anak-anak belajar. Ruang yang kondusif ini mestilah bebas dari sebarang gangguan dan boleh memberi inspirasi kepada pel