Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian. Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma . Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda. Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada rua...