Skip to main content

Panduan Pendaftaran Modul E-Gtukar bagi Sesi Jun 2020 dan Januari 2021



Pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui Modul E-Gtukar akan dibuka mulai 17 Februari 2020 Hingga 17 Mac 2020 bagi sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021. Baca post ini dan belajar langkah-langkah mendaftar Modul E-Gtukar.

1. Adakah anda layak untuk  memohon? Semak kelayakan anda dengan merujuk lampiran di bawah. 

2. Klik Modul E-Gtukar dan klik pada pautan Dapatkan ID Pengguna dan Kata laluan Anda di sini. 



3. Isikan maklumat berikut dengan teliti bagi mengelak masalah ketika log masuk ke sistem. Jangan salah isi Nama, Nombor Kad Pengenalan, No. Gaji, dan Emel. Ingat kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan jika hendak menukar kata laluan. Klik simpan. 
4. Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.


5. Jika terlupa kata laluan.

Setakat ini sahaja untuk Panduan Pendaftaran Modul E-Gtukar bagi Sesi Jun 2020 dan Januari 2021. Semoga cikgu-cikgu yang mempunyai hasrat untuk bertukar sekolah walau apa pun alasannya dapat diluluskan permohonan. 

Jika anda rasa post ini sangat membantu dan mendatangkan manfaat, jangan lupa klik share. 

Terima kasih. 


Comments

Popular posts from this blog

5 Aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 Yang Mudah Dan Menarik

Apakah Pembelajaran Abad ke 21? Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) adalah proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Beberapa elemen asas diterapkan iaitu k omunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.  Terdapat pelbagai aktiviti PdPC yang boleh digunakan oleh para guru untuk melaksanakan kelas PAK21.  1. Blended Learning (Pembelajaran Teradun) Blended learning adalah satu pendekatan pendidikan yang mencampur bahan pendidikan online dan interaksi online dengan cara pembelajaran traditional. Murid perlu berada di dalam kelas bersama guru tetapi penggunaan aktiviti berasaskan komputer dilakukan pada masa yang sama.  Pembelajaran blended adalah pendekatan yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan mereka boleh menggunakan pelbagai teknologi atas talian.  2. Flipped Classroom (Pembelajaran Flip /Pembelajaran Berbalik) Flipped Classroom a...

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada rua...

5 Tips Mengurus Bilik Darjah Untuk Guru Baru

Saya telah membuat beberapa kesilapan pada tahun pertama saya mengajar - masih rasa malu kalau ingat balik. Tapi, saya belajar dari pengalaman, itu yang paling penting.  Bab nak menguruskan bilik darjah, kebanyakan cikgu-cikgu baru perlu experiment  dulu.  Anda tak akan rugi jika bertanya dengan cikgu-cikgu berpengalaman bab mengurus bilik darjah ini. Cikgu-cikgu yang kalau diadukan sesuatu isu dia boleh cakap ‘ been there, done that ’.  Tapi, jika anda masih bergelut dengan masalah disiplin murid-murid anda, cuba 5 tips ini.  Bercakap bila pelajar sudah senyap dan bersedia Saya cuba untuk melawan rasa nak bercakap tanpa henti sepanjang kelas. Mungkin sebab naluri seorang guru kalau dah mula bercakap dalam kelas, tak mahu berhenti. Kita sepatutnya tunggu — tunggu — dan tunggu sampai semua murid diam.  Slowly but surely , pelajar-pelajar akan berbisik atau cue sesama mereka “diam, cikgu nak cakap something”, “semua diam, tak dengar cikgu nak cakap apa...