Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog aku. Dalam post kali ini, aku akan
kongsikan beberapa website yang menawarkan servis converting PDF to Word.
Aku pernah kena
isi borang yang di hantar melalui email. Siap download, bersemangat nak isi,
tapi tengok-tengok tak boleh edit sebab ianya dalam bentuk PDF. Jadi aku pun
isi la guna cara ini. Selesai isi, email balik.
Kemudian aku
dapat reply. Aku disuruh pulak edit hampir semua. Jadi untuk edit guna cara
tadi memang susah. Aku buat lah research dan dapat tahu yang ada beberapa
website yang bagi servis tukar PDF kepada Word.
Tapi, tak semua
PDF to Word converters berfungsi sama. Ada yang kena bayar. Ada yang freemium.
Ada yang bila korang dah edit font dia tak sama. Macam-macam lagi.
Walau
bagaimanapun, aku dah pilih yang terbaik untuk korang gunakan. Setiap pilihan
aku ini ada pros and cons sendiri. So korang boleh pilih yang mana korang suka.
Free Online OCR - visit site
Website ini
adalah favourite aku. Korang boleh scan file dan terus edit. Tak perlu nak taip
balik panjang-panjang. Tapi korang hanya
boleh convert satu file sahaja pada satu masa dan tak boleh lebih dari saiz 5
gb.
Kekurangannya
kalau teks yang ada colored backgrounds kadang-kadang tak nampak. Jadi kena
edit sikitlah. Korang tak boleh download app ini sebab hanya boleh guna online.
Nitro PDF to Word Converter - visit site
Ada dua versi.
Satu desktop app for Windows dan satu lagi online version. Tapi versi desktop
app korang kena bayar. Kalau nak guna yang versi free boleh guna online version
sahaja.
Kalau korang guna
Word, Powerpoint, dan Excel, korang akan suka sebab boleh export dan import
file dalam format tersebut. Tapi yang tak seronok tentang app ini korang hanya
boleh convert file tak lebih dari 5 file sebulan.
Jadi agak limited file
penggunaan itu. Korang tak boleh terus print sebab app ini akan email dulu file
tu kat korang. So leceh sikitlah.
UniPDF - visit site
App ini sangat
sesuai kalau internet connection korang slow sebab ianya adalah desktop app.
Kalau korang yang jenis tak percaya takut file korang kena curi bila diupload
online, korang boleh guna app ini.
Untuk versi trial, korang hanya boleh
convert tiga muka surat. Nak lebih, kenalah bayar ataupun upgrade ke paid
version. Kalau teks korang terlalu kompleks contoh dalam jadual atapun mindmap,
app ini tak boleh nak hasilkan finishing yang cantik. Habis nanti semua columns
bercampur dan ada teks yang jadi besar. Lari jauh dari yang original.
Sebagai penutup,
banyak app online ataupun desktop yang menawarkan servis tukar PDF kepada Word.
Korang boleh cuba apps yang aku cadangkan di atas. Korang ada apps kegemaran
pilihan sendiri? Boleh share dan komen di bawah. Jangan lupa untuk share post
ini di media sosial dan messenger. Terima kasih dan assalamualaikum.
Comments
Post a Comment