Skip to main content

Posts

Featured Post

5 Tips Mengurus Bilik Darjah Untuk Guru Baru

Saya telah membuat beberapa kesilapan pada tahun pertama saya mengajar - masih rasa malu kalau ingat balik. Tapi, saya belajar dari pengalaman, itu yang paling penting.  Bab nak menguruskan bilik darjah, kebanyakan cikgu-cikgu baru perlu experiment  dulu.  Anda tak akan rugi jika bertanya dengan cikgu-cikgu berpengalaman bab mengurus bilik darjah ini. Cikgu-cikgu yang kalau diadukan sesuatu isu dia boleh cakap ‘ been there, done that ’.  Tapi, jika anda masih bergelut dengan masalah disiplin murid-murid anda, cuba 5 tips ini.  Bercakap bila pelajar sudah senyap dan bersedia Saya cuba untuk melawan rasa nak bercakap tanpa henti sepanjang kelas. Mungkin sebab naluri seorang guru kalau dah mula bercakap dalam kelas, tak mahu berhenti. Kita sepatutnya tunggu — tunggu — dan tunggu sampai semua murid diam.  Slowly but surely , pelajar-pelajar akan berbisik atau cue sesama mereka “diam, cikgu nak cakap something”, “semua diam, tak dengar cikgu nak cakap apa”. Diam. Kesabaran anda akan
Recent posts

5 Cara Untuk Mula Mendidik Anak-Anak Anda Di Rumah

Pendidikan adalah sebaiknya bermula dari rumah. Dengan serangan Coronavirus yang menjadi pandemik di seluruh dunia, ibu bapa tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memastikan anak-anak mereka belajar dari rumah. Saya melihat ini sebagai satu peluang kepada ibu bapa untuk mempelajari serba sedikit cara untuk mendidik anak-anak dari rumah. Yang paling penting ibu bapa dapat mengambil pengalaman ini dan pada masa yang sama dapat menghargai jasa guru-guru di Malaysia yang mendidik anak-anak mereka. Jadi dalam post kali ini saya akan kongsikan 5 cara untuk mula mendidik anak-anak anda di rumah.  1. Mewujudkan persekitaran yang betul Ini adalah faktor yang sangat penting dan selalu terlepas pandang oleh ibu bapa. Mendidik anak-anak di rumah sama seperti di sekolah. Anak-anak memerlukan persekitaran yang betul. Ibu bapa perlu menyediakan ruang khas untuk anak-anak belajar. Ruang yang kondusif ini mestilah bebas dari sebarang gangguan dan boleh memberi inspirasi kepada pel

Cara Mudah Dan Percuma Isi Borang PDF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca sekalian.  Di dalam post kali ini, saya akan ajar cara mudah untuk isi borang dalam bentuk  PDF. Bukan sahaja mudah, kita tak perlu install apa-apa software . Semuanya dilakukan secara online dan yang paling penting ianya adalah percuma .  Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan ini. Ada yang percuma dan ada yang kena bayar. Tak kurang juga banyak website yang menyediakan perkhidmatan tukar dokumen kepada format PDF. Segala pilihan ditangan anda.  Saya menggunakan PDFescape bagi mengisi borang PDF. Terdapat pelbagai perkara yang kita boleh lakukan seperti tambah text , padam tulisan, highlight , dan pelbagai lagi. Jadi, untuk mempelajari cara mengisi borang PDF, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah ini. 1. Buka   PDFescape dan klik Upload PDF to PDFescape 2. Setelah file anda dah dimuat naik, tekan text . 3. Klik dan drag pada ruangan yang anda perlu isi

Guna Apps Ini Bawah Untuk Tukar PDF ke WORD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog aku. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan beberapa website yang menawarkan servis converting PDF to Word.   Aku pernah kena isi borang yang di hantar melalui email. Siap download, bersemangat nak isi, tapi tengok-tengok tak boleh edit sebab ianya dalam bentuk PDF. Jadi aku pun isi la guna cara ini . Selesai isi, email balik. Kemudian aku dapat reply. Aku disuruh pulak edit hampir semua. Jadi untuk edit guna cara tadi memang susah. Aku buat lah research dan dapat tahu yang ada beberapa website yang bagi servis tukar PDF kepada Word. Tapi, tak semua PDF to Word converters berfungsi sama. Ada yang kena bayar. Ada yang freemium. Ada yang bila korang dah edit font dia   tak sama. Macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, aku dah pilih yang terbaik untuk korang gunakan. Setiap pilihan aku ini ada pros and cons sendiri. So korang boleh pilih yang mana korang suka. Free Online OCR - visit site

Panduan Pendaftaran Modul E-Gtukar bagi Sesi Jun 2020 dan Januari 2021

Pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui Modul E-Gtukar akan dibuka mulai  17 Februari 2020 Hingga 17 Mac 2020  bagi sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021. Baca post ini dan belajar langkah-langkah mendaftar Modul E-Gtukar. 1. Adakah anda layak untuk  memohon? Semak kelayakan anda dengan merujuk lampiran di bawah.  2. Klik  Modul E-Gtukar  dan klik pada pautan  Dapatkan ID Pengguna dan Kata laluan Anda di sini.  3. Isikan maklumat berikut dengan teliti bagi mengelak masalah ketika log masuk ke sistem. Jangan salah isi Nama, Nombor Kad Pengenalan, No. Gaji, dan Emel. Ingat kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan jika hendak menukar kata laluan. Klik simpan.  4. Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi. 5. Jika terlupa kata laluan. Setakat ini sahaja untuk Panduan Pendaftaran Modul E-Gtukar bagi Sesi Jun 2020 dan Januari 2021. Semoga cikgu-cikgu yan

5 Langkah Mudah Percuma Buat QR CODE

Banyak kita boleh dapat online seperti kertas kerja, rph, rpt, macam-macam lagilah. Dokumen dulu semua ' hard copy ' sekarang boleh dapat dalam bentuk ' soft copy ' selagi ada yang mahu kongsi. Mahu kongsi file soft copy dengan mudah? Senang je. Guna QR Code . Tak perlu tulis link panjang. Cikgu hanya perlu tunjuk QR Code kepada sesiapa yang memerlukan file tersebut kemudian dia scan sahaja. Mudah bukan? Jadi, dalam post ini  saya akan ajar macam mana nak buat QR Code dengan cara mudah . Sebagai contoh saya akan tunjukkan cara saya buat QR Code untuk kertas kerja MSSD bola sepak seperti yang terdapat dalam  Tips Melaksanakan Pertandingan Bolasepak MSSD Bawah 12 Tahun (Bahagian 1) Langkah-langkah: 1. Upload dokumen dalam google drive anda. 2. Copy link dokumen yang anda telah upload tadi. 3. Buka website  https://www.qr-code-generator.com/ 4. Paste link dokumen yang anda telah upload tadi. 5. Setelah Code diperolehi, anda boleh print

3 Easy Steps to Write A Lesson Plan Objective

A learning objective describes what the learner will be able to do at the end of a lesson. A clear objective states the behavior or outcome that is expected from a lesson.  You can state many lesson objectives in your lesson plan, but if you are new to writing lesson plan objective it is advised to write one only.  Embed from Getty Images Step 1 : Begin your lesson plan objective using this simple phrase: "By the end of the lesson, pupils should be able to..." The participant is 'pupils' because my students are the primary schools pupils.  Feel free to change the participant of your choice.  Step 2 : Join up with an action verb which describes the performance by the participants.  Use verbs which describe an action that can be measured and observed during the lesson.  Below are some example verbs that you can use:  Knowledge Comprehension Application Analysis Synthesis Evaluation define